Saban hari demi hari orang berlumba-lumba untuk bersaing lakukan sesuatu untuk kejayaan.Begitu juga dalam bidang ternakan arnab amat ramai yang cuba menceburinya dengan segera.Seperti mana yang kita tahu permintaan Arnab Pet ini amat mengalakan sambutan yang begitu panas hingga bekalan tidak mencukupi.
Menyedari bekalan tidak mencukupi ada sebilangan hampir separuh penternak gulung tikar atau tutup kandang dan mula melelongkan arnab ternakan mereka dan ada yang hentikan arnab daripada terus beranak.
Perkara ini terjadi adalah kerana sikap peribadi seseorang itu yang tidak komited atas kerjanya sendiri,tidak faham erti tanggungjawab,disiplin,pengurusan yang tidak menentu,tidak pandai mencari network serta peluang yang kerajaan sediakan dan tidak tahu menguruskan kewangan.
Mereka sebelum ini hanya memenuhi ruang niaga sahaja tetapi sampai di satu tahap mereka gagal melaksanakan kerja dengan baik dan beralih kearah lain.Ramai penternak membina kandang arnab dan menunggu pembeli datang kerumah,langkah ini sememangnya boleh namun tidak berapa tepat jika teruskan begini kerana apa jua bentuk perniagaan haruslah di iklankan dan dilihati secara langsung berdepan dengan pembeli dan peminat di luar kawasan ini boleh menambahkan ruang dan peluang serta nilai tambah yang positif kepada penternak.
Pasaran di luar lebih berkesan berbanding menunggu di kandang hanya berharap pembeli datang sahaja ini boleh menambahkan kos ternakan dan tidak melancarkan urus niaga dengan baik.Yang melibatkan rakan kongsi juga ramai yang menimbulkan masalah dengan sikap tidak bersungguh rakan kongsi mengambil mudah dalam banyak perkara tidak kekalkan kesungguhan dan hanya bersemangat separuh jalan sahaja.Pengatahuan yang cetek dan hanya banyak bercakap mencari salah orang lain juga antara faktor kegagalan.
Jesteru itu ilmu itu penting,sikap peribadi yang baik itu nilai tambah yang membantu kerjaya menjadi lebih maju serta bersikap sungguh-sungguh sentiasa di teruskan.Ternakan arnab ini amat baik pulangannya jika tahu erti tanggungjawab sendiri serta amanah dalam melaksanakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan